Recents in Beach

Kasihan..Kerana Subang Hidung, Penyanyi Ini Disamakan Dengan Lembu

Loading...
Loading...
PENYANYI Kaka Azraff menerima kritikan hebat daripada ‘keyboard warrior’ apabila disamakan dengan lembu selepas memuat naik foto mengenakan cincin hidung.Geram dengan komen diterima,

 Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 26, menyifatkan pemberi komen tersebut sebagai tidak adil dan bersikap jahat.

Kaka bagaimanapun, tidak mahu ambil hati dan berpendapat masyarakat tidak mengetahui perkara sebenar

.“Biarpun saya berasakan komen menyamakan saya seperti lembu adalah yang paling jahat tetapi saya tidak ambil hati kerana mereka tidak tahu apa sebenarnya berlaku.



kaka%2Bseperti%2Blembu.jpg

“Tambahan pula saya tidak menjelaskan apa sebabnya saya berpakaian sedemikian sehingga mereka sanggup berkata sebegitu,” katanya.Kaka kemudiannya menjelaskan, dia berpakaian ala Bollywood lengkap dengan aksesori cincin hidung tersebut bagi menjayakan satu sesi fotografi untuk seorang penuntut universiti bagi menyiapkan projek akhirnya.

http://i0.wp.com/mynewshub.cc/wp-content/uploads/2015/03/foto-kaka-azraff-macam-lembu-2.jpg


“Saya setuju menjayakan projek itu kerana sebelum ini tidak pernah menjayakan tema Bollywood selain ingin menyokong pelajar berkenaan yang ingin menggunakan selebriti untuk projek mereka.

“Hendak salahkan ‘keyboard warrior’ yang menghentam saya pun tidak boleh juga kerana sebelum ini saya tidak pernah menjelaskan mengapa saya berpakaian dan menggunakan aksesori sedemikian sehingga timbul salah faham,” jelasnya lagi.




Post a Comment

0 Comments