Recents in Beach

Masyaallah.....Bayi Comel Siapakah Ini Yang Dijadikan P3ng3bom Berani Mati?

Loading...
Loading...

SYRIA – Militan Negara Islam (ISIS) baru-baru ini telah mengeluarkan satu lagi gambar kontroversi sebagai publisiti kumpulan militan Islam tersebut.


Gambar-gambar tersebut menunjukkan seorang bayi berpakaian sebagai pejuang Islam memegang senapang dan bom tangan berbahaya.

Sejak kebelakangan ini, ISIS telah menyebarkan banyak imej dan video berunsur keganasan, menjadi kontroversi hangat masyarakat dunia sekarang.



Antara video propaganda dikeluarkan yang boleh disifat sebagai paling ngeri adalah imej seorang budak lelaki berusia 12, kelihatan berlawan di barisan hadapan bersama kumpulan ganas dengan bersenjatakan satu senapang penyerang M16, buatan Amerika Syarikat.

Imej-imej seperti ini menunjukkan kumpulan pengganas sedang menyemai fikiran radikal mereka terhadap generasi yang akan datang dimana sesetengah daripada mereka telah menerima latihan sejak kecil, sebelum mereka boleh berjalan atau bercakap lagi.

Justeru, tenaga kerja yang rendah menyebabkan kanak-kanak dan remaja muda menjadi umpan yang besar bagi pergerakan Islam fundamental ini.

Kebanyakan anak muda ini diberi latihan askar biasa hanya 45 hari dan terus direkrut menjadi anggota ISIS dimana mereka juga dipaksa belajar gunakan senjata api untuk tujuan keganasan.

Post a Comment

0 Comments