Recents in Beach

Memang Panas!!....Aksi S3ks Pelik Pengurus Tegar Meloyakan

Loading...
Loading...
Tegar dalam kenyataannya kepada sebuah badan yang melindungi hak kanak-kanak di Indonesia, Komisi Nasional Perlindungan Anak (Komnas Pa) mengatakan sepanjang berada di bawah pengurusan dan jagaan bekas pengurusnya itu, dia telah dicabul oleh Arif.

Antara bentuk gangguan seksual yang terjadi kepadanya ialah Arif selalu mengarahkannya tidur dengan hanya memakai seluar dalam, sentiasa tidur berkepit dan juga menemani Tegar saat dirinya 

Arif Dollah (tengah) bekas pengurus penyanyi cilik dari Indonesia, Tegar.


Menurut laporan itu, kejadian dilaporkan berlaku sekitar awal November sehingga pertengahan Januari 2015 ketika kedua-duanya berada di Malaysia untuk memenuhi undangan persembahan.
 
Selesai membuat persembahan, pengurusnya tidak segera membawa penyanyi itu pulang ke Indonesia sebaliknya menahan Tegar untuk tinggal di Malaysia.
 
Ekoran kejadian, Tegar bersama bapa dan syarikat rakamannya membuat laporan kepada Komnas PA.
 
Bercakap pada sidang media di Indonesia, Ketua Komnas PA, Arist Merdeka Sirait  mengesahkan berlaku serangan seksual oleh pengurus peribadi terhadap mangsa (Tegar).

“Selain itu, ada barang-barang yang hilang antaranya gitar kesayangan mangsa yang merupakan sumber inspirasi untuk menghasilkan lagu-lagunya. Turut hilang, laptop dan kamera yang ada di apartmen Tegar," ujar pada sidang media di Komnas Anak, Jl. Tb Simatupang, di Jakarta Timur, semalam.
 
Sementara itu, Tegar dipetik sebagai berkata, pengurusnya memaksa dirinya tidur dengan hanya memakai seluar dalam sahaja dan akan menemani Tegar ketika mandi serta beberapa lagi perkara yang lain.
 
"Ketika hendak tidur, Tegar tidak dibenarkan memakai seluar pendek. Kata Abang Arif, seluar itu kotor. Jadi tidur pakai seluar dalam. Dia juga turut memakai seluar dalam. Apabila Tegar ingin mandi, dia juga akan teman," katanya.
 
Tidak cukup dengan itu, barangan peribadi Tegar seperti gitar, laptop dan kamera turut dilarikan. 

Jika sebelum ini Arif hanya dituduh menyonglap wang hasil kerja Tegar, kali ini tuduhan mencabul bintang cilik itu pastinya bakal mendapat perhatian daripada pihak media serta peminat daripada dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia.
 Baru-baru ini tersebar berita bahawa penyanyi cilik Indonesia iaitu Tegar dikatakan terpaksa mengemis di jalanan semula kerana telah ditipu oleh pengurusnya dari Malaysia.
 
Bagaimanapun pengurus tersebut  menafikan dakwaan itu dan mengatakan perkara itu hanyalah satu rekaan dan mendakwa telah menjaga Tegar dengan baik selama penyanyi itu berada di Malaysia.

Pergh, memang panas!

Post a Comment

0 Comments