Recents in Beach

Penghijrahan Baru......Che Ta kini berhijab

Loading...
Loading...


                                 rozita-hijab

KUALA LUMPUR
– Selebriti popular, Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta dilihat lebih jelita dengan berhijab.



Berita baik itu diumumkan sendiri oleh pengurus Che Ta dengan memuat naik gambar Che Ta yang baru saja pulang dari menunaikan umrah bersama suaminya, Zain Saidin.

Gambar berkenaan yang dimuat naik untuk berkongsi dengan peminat tampil dengan keterangan berbunyi, ..Alhamdulillah Che Ta dan Zain selamat pulang dari Tanah Suci, syukur kepada yang Maha Esa membuka hati Che Ta yang kini tampil dengan imej terbaru.

Pasangan selebriti itu berangkat untuk menunaikan umrah pada 25 Februari dan pulang pada hari ini. Ia adalah umrah pertama bagi Zain manakala Rozita sudah beberapa kali ke sana, lapor Berita Harian.

Kuala Lumpur: “Tak tahu nak gambarkan perasaan sekarang. Yang pasti saya rasa sangat tenang dan seronok dengan perubahan ini,” kata pelakon Rozita Che Wan mengesahkan dirinya kini berhijab penuh sebaik pulang daripada menunaikan ibadah umrah, hari ini.

Rozita atau nama penuhnya Rozita Abu Bakar @ Che Wan, 44, berkata, keinginan untuk bertudung semakin memuncak sejurus dia dan suaminya, pelakon Zain Saidin tiba di Mekah, minggu lalu.

“Saya memang sudah lama tanam niat (untuk berhijab) cuma sebelum ini mungkin hati tak dibuka sepenuhnya lagi. Urusan berhijab bukan benda main-main dan perlu ambil serius setiap aspek. Persediaan diri kena diambil kira sebab saya seorang selebriti.

“Apabila saya sudah bersedia, saya cuba-cuba pakai pada sambutan hari lahir Zain ke-31, minggu lalu dan selepas itu kami menunaikan umrah. Sejak itu, saya semakin selesa dan yakin. “Alhamdulillah saya sangat bersyukur sebab diberikan hidayah ini,” katanya.

Rozita menarik perhatian ramai minggu lalu apabila mengenakan tudung penuh pada sambutan hari lahir Zain. Kejutan itu ternyata mendapat reaksi positif dan gembira daripada peminat pelakon Kiah Pekasam ini.

Difahamkan, Rozita terdorong untuk berhijab atas doa dan hasrat Zain untuk melihat isterinya menutup aurat.

Rozita yang baru pulang ke tanah air sebentar tadi mengesahkan penghijrahannya menerusi sekeping gambarnya bertudung yang dimuat naik pada akaun Instagram pengurusnya, Afeeq Abdul Wahab.

Post a Comment

0 Comments