Recents in Beach

Sering Diganggu Dan Diugut Bekas Suami,Akhirnya Rosniza Mati Juga

Loading...
Loading...

Mangsa dikatakan sering diganggu dan diugut suspek sejak mereka bercerai kira-kira tujuh bulan lalu.

ALOR SETAR, 2 Mac:

Setelah empat hari koma bertarung dengan maut, Rosniza Fadzil, 30, wanita yang cedera parah setelah nekad terjun untuk menyelamatkan diri dari kereta bekas suaminya sebelum digilis sebuah kenderaan lain dalam kejadian 26 Februari lalu, meninggal dunia hari ini.


Rosniza menghembuskan nafas terakhirnya ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada jam 4.06 petang tadi, kata Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd. Jan.
Sehubungan itu beliau berkata, kes tersebut yang sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan kini akan disiasat di bawah Seksyen 302 kanun yang sama kerana membunuh.
Jumaat lalu, bekas suami wanita terbabit yang berusia 53 tahun ditahan polis di rumahnya di sekitar Baling selepas disyaki cuba melarikan bekas isterinya itu.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi sehari sebelumnya, mangsa yang sedang menunggang motosikal di Jalan Bukit Pinang, Alor Setar dilanggar sebuah kereta secara tiba-tiba dari arah belakang hingga terjatuh, kemudian ditarik masuk ke dalam kereta berkenaan dan cuba dilarikan.

Ketika dalam kereta itu, berlaku pergelutan sebelum mangsa nekad terjun, malangnya dilanggar sebuah kenderaan lain.

Mangsa dikatakan sering diganggu dan diugut suspek sejak mereka bercerai kira-kira tujuh bulan lalu.

Post a Comment

0 Comments