Recents in Beach

Terlalu Sayang Bini & Anak Bakal Lahir,Yusri Shooting Dalam Rumah

Loading...
Loading...
Setelah pengesahan dibuat oleh Yusry Abdul Halim tentang kehamilan isterinya, Lisa Surihani, rata-rata berita tersebut disambut gembira oleh peminat mereka.



 Pada awalnya Yusry enggan mewar-warkan kerana mengikut pesanan orang-orang tua supaya tidak hebahkan tentang berita kehamilan sehinggalah kandungan isterinya itu betul-betul kuat. Namun, Lisa dan Yusry amat bersyukur dan berterima kasih atas ucapan dari peminat.
 
Yusry telah memuat naik gambar beserta kapsyen yang mengesahkan berita kehamilan isterinya di laman Instagram,
 

Alhamdulillah. 3 tahun dah berlalu. Sayang, you have made me a better person. I always knew Allah made someone, somewhere out there for me to share my love with. Thank God I found you Anjez. You've brought so much joy & happiness into my life. There isn't a minute in the day that I don't think of you my beautiful wife. InsyaAllah, our anniversary tahun depan kita celebrate bertiga. Looking forward to the rest of my life with you.
Love,
Suamimu

ps- sorry pinjam gambar orang lain. Tadi tk dpt amik gambar kita. Im not sure who's photo this is but credit n thank you to the owner

 
“Hint yang diberi oleh Yusry di Instagramnya itu sebenarnya sudah jelas mengatakan saya berbadan dua. Maksud dia tahun hadapan InSha Allah kami sambut bertiga dengan bakal anak yang dilahirkan. Tidak kiralah kembar ataupun sebaliknya. Sebenarnya bukan niat untuk kecohkan perkara ini tetapi saya berterima kasih kerana peminat tidak henti memberi ucapan tahniah. Walau bagaimana pun ini semua masih terlalu awal untuk diperkatakan. Saya kalau boleh tidak mahu berkata lebih-lebih. Masih baru,kan?” ujar Lisa ketika ditemui di sidang media filem Cicakman 3.
 
Dek sayangkan isteri, dan tahu isterinya tidak boleh buat kerja kuat buat sementara waktu, Yusry telah membawa produksi untuk membuat pengambaraan di rumah mereka. “Yusry tahu saya rindu untuk shooting. Jadi dia telah bawa produksi untuk shoot di dalam rumah supaya saya hilang rindu untuk shooting. Tengok orang shooting pun jadilah”, gelak Lisa.
 
Menurut Lisa, buat masa ini dia rehat sebentar dari berlakon kerana mahu berhati-hati dengan kandungannya itu. Tetapi dia akan berlakon sekiranya doktor benarkan dan kandungannya itu telah kuat. Al maklumlah, Lisa seorang yang tidak boleh duduk diam. 

Pasti ada sahaja perkara yang hendak dilakukan. Tetapi seeloknya Lisa perlu rehat dahulu kerana “orang baru” itu lagi penting untuk dijaga.

Oleh Ina Mohd. Foto kredit Instagram Lisa.

Post a Comment

0 Comments