Recents in Beach

Mengejutkan: Video Ini Menunjukkan betapa mudahnya orang yang tidak dikenali untuk menculik kanak-kanak.

Loading...
Loading...
Screen%2BShot%2B2015-05-12%2Bat%2B11.58.

Screen%2BShot%2B2015-05-12%2Bat%2B11.58.

Screen%2BShot%2B2015-05-12%2Bat%2B11.59.

Youtube 'Prankster' Joey Salad telah membuka mata ibu bapa di seluruh dunia selepas dia memuat naik video eksperimen sosial yang menunjukkan betapa mudahnya orang yang tidak dikenali untuk menculik anak-anak mereka.



 Dalam video itu, dia menunjukkan betapa mudah untuk mendekati kanak-kanak dengan menggunakan anjing comel bernama Donuts.

Dia mampu untuk memenangi hati kanak-kanak di sekitar taman permainan sehingga kanak-kanak tersebut leka dipimpim tangan mereka dengan menjanjikan mereka untuk pergi melihat lebih banyak lagi anak anjing yang comel di tempat lain.

Sebelum menghampiri setiap kanak-kanak tersebut, Joey Salad telah pergi kepada ibu bapa mereka untuk menerangkan eksperimen dan memastikan bahawa dia mempunyai kebenaran untuk menguji reaksi anak mereka. Kebanyakan ibu bapa yang terlibat dalam video itu yakin bahawa anak-anak mereka akan menjauhkan diri daripada Joey dan kembali kepada ibu mereka. Sangkaan mereka salah!

Jadi, kepada semua ibu bapa, berhati-hatilah dan jadilah lebih peka apabila bawa anak-anak keluar dan janganlah sesekali kita ambil endah tak endah sahaja. Tiap-tiap hari kes penculikan kanak-kanak berlaku di luar sana dan sudah tentu kita tidak mahu anak-anak kita menjadi salah seorang daripada mangsa tersebut.

"Lebih 700 kanak-kanak diculik sehari. Bersamaan lebih suku juta setahun, " Salad menerangkan. " Adakah anak-anak anda selamat? "

VIDEO:




Post a Comment

0 Comments