Recents in Beach

[VIDEO] “Sayalah Bayi 10 hari Yang Ditinggalkan Di Stesen Bas Pada 23 September 1996”

Loading...
Loading...
[VIDEO] “Sayalah Bayi 10 hari Yang Ditinggalkan Di Stesen Bas Pada 23 September 1996”

(Skroll ke bawah untuk tonton video penuh)

Seorang lelaki yang mencari ibu dan bapa kandungnya tular di laman sosial selepas dia memuat naik keratan akhbar mengenai dia yang pada masa itu berusia 10 hari ditinggalkan di perhentian bas di Kampung Megat, Jalan Maran, dekat Tasik Paya Bungor, Kuantan pada 23 September 1996.
“Menitis air mata saya apabila mendapat tahu saya dijumpai di perhentian bas. Bagaimanapun, pasti ada sebab mengapa ibu bapa kandung saya buat begitu,” kata Mohamad Putera Zainuddin, 21 yang sedang menuntut di Kolej Perubatan di Seremban, Negeri Sembilan.
                               “Sayalah bayi 10 hari yang ditinggalkan di stesen bas 23 September 1996”

ANAK DITINGGAL KETIKA BERUSIA 10 HARI RINDU MAHU BERTEMU IBU BAPA

Ditinggalkan di sebuah perhentian bas di Kuantan, Pahang ketika hanya berusia kira-kira 10 hari,  namun peristiwa 21 tahun yang lalu itu tidak menyebabkan sekelumit pun perasaan  dendam di hati Mohamad Putera Zainuddin.

Kisah anak muda itu yang mahu mencari ibu bapanya kandungnya menjadi tular di media sosial baru-baru ini.

“Saya amat merindui mereka (ibu bapa) walaupun tidak pernah bersua muka. Naluri saya kuat mengatakan kedua ibu bapa saya masih hidup lagi. Kalau mereka ada melihat video ini, saya harap hubungilah saya.

“Sekiranya saya telah menemui mereka, saya janji tidak akan memaparkan wajah mereka kepada media, cuma akan beritahu saya telah menemui mereka,” demikian antara luahan Mohamad Putera kepada Bernama.

Beliau ditemui selepas menjadi tetamu undangan bagi program Nine11 terbitan Bernama News Channel (BNC) di Wisma Bernama di sini hari ini.

Mesra dengan panggilan ‘Ra’, Mohamad Putera berkata beliau mengetahui statusnya sebagai anak angkat kepada pasangan suami isteri Zainuddin Ahmad, 56, dan Saodah Mahmood, 59, ketika berusia enam tahun namun  pada usia semuda itu, beliau masih tidak memahami perkara yang sebenar.

Namun, ketika usianya mula meningkat  remaja hasrat untuk mencari keluarga kandungnya itu semakin kuat walaupun kasih sayang daripada keluarga angkatnya tidak pernah berbelah bahagi untuknya.

Mohamad Putera percaya ibu bapanya mempunyai alasan lain sehingga meninggalkannya di dalam sebuah kotak di perhentian bas  di Kampung Megat, Jalan Maran, dekat Tasik Paya Bungor, Kuantan pada 23 Sept 1996 sebelum  ditemui kira-kira pukul 7 pagi, dan beliau hanya ingin bersua muka dengan keluarga kandungnya itu.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Sri Amar Diraja, Johor itu kini  menyambung pengajian Diploma Pembantu Perubatan di sebuah kolej di Seremban, Negeri Sembilan.
Menurut Mohamad Putera, dia telah pergi ke Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah, Kuantan yang menjadi tempat tinggalnya sebelum dijaga oleh keluarga angkatnya pada Jun lalu selepas tergerak hati untuk menjejaki semula ibu dan bapa kandungnya.
“Keluarga angkat mengambil saya sebagai anak angkat sejak saya berusia sembilan bulan lagi. Ibu bapa angkat saya memang berterus-terang memberitahu saya adalah anak angkat sejak di tadika lagi
“Saya boleh menerima kenyataan itu,” katanya yang juga anak tunggal dalam keluarga angkatnya itu.
                   “Sayalah bayi 10 hari yang ditinggalkan di stesen bas 23 September 1996”

Foto: Mohamad Putera bersama ibu angkatnya.

Bagaimanapun, jauh di sudut hati lelaki yang dibesarkan di Muar, Johor ini, dia ingin mengetahui keadaan kedua ibu bapanya sama ada masih hidup.

“Saya kembali ke Rumah Kanak-kanak Tengku Ampuan Fatimah untuk membuka semula fail saya bagi mendapatkan petunjuk lokasi tempat tinggal ibu bapa saya.
“Bagaimanapun, kakitangan rumah kanak-kanak itu hanya menyerahkan fail sebelum meminta saya baca sendiri,”katanya yang dipetik dari laporan Harian Metro.
Jelas Mohamad Putera, hatinya menjadi luluh selepas membaca keratan akhbar yang disimpan di dalam buku rekod berkenaan.
                              “Sayalah bayi 10 hari yang ditinggalkan di stesen bas 23 September 1996”

“Saya ingat akan jumpa keluarga kandung dengan mudah sebaik melihat rekod berkenaan, namun sangkaan saya meleset. 

“Tak sangka, saya dijumpai di perhentian bas oleh seorang bidan kampung atau kini dikenali jururawat masyarakat ketika berusia 10 hari,” ujarnya.
Tidak pernah menyalahkan tindakan ibu dan bapa kandungnya itu, Mohamed Putera akan terus berusaha mencari mereka.
“Mereka (ibu bapa kandung) tinggalkan saya dapat keadaan baik, lengkap berselimut, sarung tangan serta sarung kaki bayi dan baju yang comel.
“Mesti mereka menantikan kelahiran saya dan pasti ada sebab mereka lakukan begitu,” katanya.
Mohamad Putera berkata, jika tidak dapat mencari ibu bapa kandung sekurang-kurangnya dia ingin bertemu dengan bidan kampung itu.
“Jika bukan kerana wanita itu jumpa saya, tidak tahu sama ada saya masih hidup atau tidak,” katanya.
Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-6/2011, pada 30 Disember 2011

Keputusan : Mesyuarat menegaskan bahawa Islam menggalakkan setiap ibu yang melahirkan anak untuk menyusukan sendiri bayi mereka dengan susu ibu sehingga mencapai usia dua tahun, sekiranya mereka mampu berbuat demikian. Namun begitu, Islam juga membenarkan wanita yang tidak melahirkan anak tetapi mengambil anak angkat, untuk menyusukan sendiri anak tersebut dengan bantuan rawatan perubatan.

Penegasan ini adalah berdasarkan pandangan Jumhur fuqaha’ yang tidak mensyaratkan seseorang wanita itu mesti hamil terlebih dahulu untuk menyusukan anak sepertimana pandangan Mazhab Hanbali, Syafie dan Hanafi yang menyatakan bahawa seorang perempuan yang hendak menyusukan seorang anak, tidak disyaratkan mempunyai suami yang menyetubuhinya.

Sehubungan itu, Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa menggunakan ubat atau suntikan untuk merangsang pengeluaran susu badan adalah harus dengan syarat ianya seorang wanita yang telah mencapai umur baligh sama ada telah berkahwin ataupun sebaliknya dan ubat atau hormon yang digunakan tersebut tidak mengandungi sebarang unsur-unsur najis atau mudharat. Keharusan ini tidak tertakluk bagi seorang lelaki yang berubah menjadi wanita melalui pertukaran jantina.

KETERANGAN/HUJAH :

Jumhur fuqaha’ juga bersepakat bahawa terdapat dua kaedah penyusuan bagi menjadikan bayi tersebut mahram dengan sebab susuan, iaitu penyusuan secara langsung dari payudara dan penyusuan secara tidak langsung seperti menggunakan tiub, botol susu dan sebagainya. Sehubungan itu, bagi wanita yang menggunakan alat sokongan atau alat bantuan sebagai kaedah menyusukan bayi, Mesyuarat memutuskan bahawa bayi tersebut sah sebagai anak susuan apabila cukup syarat-syarat penyusuan yang ditetapkan oleh Syarak seperti berikut:

– bilangan susuan hendaklah dengan lima kali penyusuan;

– susu yang dihisap mestilah sampai ke perut bayi;
– dan umur bayi tidak melebihi dua tahun mengikut perkiraan bulan qamariah.

Hujah thabitan ini ialah kerana susu ibu tersebut telah menjadi makanan asasi kepada bayi yang menumbuhkan daging dan memanjangkan tulang, sama seperti bayi yang menyusu secara terus daripada payudara. Walau bagaimanapun, sekiranya kaedah yang dilakukan adalah dengan cara menyuntik susu melalui qubul atau dubur, menitik susu ke dalam mata, telinga atau di tempat luka tubuh badan, maka bayi tersebut tidak sah sebagai anak susuan.

Mesyuarat juga memutuskan bahawa seorang wanita beragama Islam tidak dilarang untuk menyusukan bayi bukan Islam dan begitu juga seorang bayi beragama Islam boleh menyusu kepada wanita bukan Islam kerana tidak ada nas syarak yang melarangnya.

Penyusuan tersebut tidak memberi kesan kepada aqidah dan agama bayi yang disusukan tersebut.

Mesyurat juga memutuskan bahawa susu ibu yang bercampur dengan bahan-bahan lain adalah sama seperti susu ibu yang tidak bercampur dengan makanan, minuman atau lainnya sepertimana pendapat yang rajih daripada ulama’ mazhab Shafie dan Hanbali, kerana untuk thabit menjadi anak susuan ialah perlu memenuhi syarat-syarat penyusuan yang ditetapkan oleh Syarak.

Bagi seorang lelaki yang mengahwini wanita yang menyusukan bayi angkat dan bayi tersebut telah thabit menjadi anak susuan, maka Mesyuarat memutuskan bahawa lelaki yang menjadi suami kepada wanita berkenaan adalah menjadi mahram kepada anak susuan tersebut.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kisah QuMedia

Post a Comment

0 Comments