Recents in Beach

Ikuti Luahan Sedih Ibu OKU Tentang Bantuan Kerajaan Untuk Anak OKU

Loading...
Loading...
Luahan hati ibu kepada seorang anak OKU - Realiti kehidupan sebenar:-

Me and my Angel...sesak dengan news feed berkenaan bantuan yang kerajaan sediakan untuk anak-anak OKU. Betapa masyarakat dibutakan dengan kononnya semua anak OKU layak menerima bantuan bulanan RM300.

Ini hakikat yang sebenar wahai semua...bantuan itu akan disaring, aku yang hanya kerani dan suami seorang atendan hospital pun dikira tak layak menerima walau sesen pun dari bantuan. Bagi yang layak pula perlu hadir ke kelas PDK sekurang-kurangnya 8x sebulan...sesuatu yang agak tidak logik diakal bagi anak OKU yang terlantar untuk tidak ponteng ke kelas. Majoriti mereka mempunyai masalah kesihatan yang severe sama seperti Angel.


Ada parents yang tak mendapat kebenaran untuk keluar waktu bekerja 2x seminggu...mungkin kerana boss yang tak memahami, rakan sekerja yang busuk hati. Bantuan bagi yang layak ditolak dihitung...akhirnya hanya layak rm50. 

Ada pula yang bercakap mengenai kelas pendidikan khas. Hello hanya untuk yang boleh menguruskan diri...anak OKU terlantar mana boleh nak urus diri..makan pun bersuap, kencing berak dibasuh....so kesudahannya majoriti semuanya tidak bersekolah. 

Andai kerajaan dah umumkan bantuan, sepatutnya bagi je lah sebaik saja anak-anak ini disahkan sebagai ORANG KURANG UPAYA! bantuan untuk mereka...bukan untuk ibu bapa pun. Hak mereka hanya gah di kertas...gah di FB, di laman sosial. Hakikatnya kami yang bergelut seharian...syukur Allah masuh memberikan kami hidayah untuk menjaga anak-anak syurga ini seadaanya...

*saya izinkan semua untuk share; moga dapat membuka mata masyarakat..

Pengerusi Persatuan Harapan Anak-anak Istimewa Malaysia

Post a Comment

9 Comments

  1. mmg betul..realitinya tidak sama seperti yang diwar2 di atas kertas atau media sosial..sungguh tak masuk akal segelintir syarat yg ditetapkan.

    ReplyDelete
  2. Anak saya OKU sejak umur 11 tahun kini umur dia dah 26 tahun. baru sekali saja dapat bantuan RM300 utk setahun sahaja. anak saya menghidap penyakit cerebral palsy sama spt kes di Nilai tu. Jadi Kerajaan dan Kementerian Kebajikan tak payahlah nak membohongi orang ramai. sekarang saya dan isteri masih mampu dan masih hidup.selepas kami dah tak ada,tak tahulah. Kami serahkan nasibnya kepada Allah SWT. Jabatan Kebajikan Malaysia ada dalam kedudukan ke-10 drp senarai 10 orang yang kami boleh gantungkan harapan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. masyaallah..sampai macam tu sekali..anak sedara jua OKU..tapi masih boleh membaca walaupun merangkak2...namum bantuan masih dapat..cuma RM150 je..

      Delete
  3. BETUL TU PUAN,. ABANG IPAR SY DAPAT KAD OKU TP X DAPAT ELAUN RM300.00 REASON DIA KATA DIA CACAT OTAK YANG X BOLEH BERDIKARI SENDIRI X LEH DAPAT BANTUAN TUH...TP CANANG KAT 1MSIA KT KERAJAAN BG BANTUAN RM 300 KAT OKU YANG BERDAFTAR...MMG BETUL AP YG WARDINA CAKAP PERBEZAAN MSIA & AUSTRALIA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. teruk sangat nampaknya kerenah birokrasi negara kita kalau macam ni..hanya yang mengalaminya saja mengetahui

      Delete
  4. betul sangat.Bila nak dapatkan bantuan punyalah susah.Bila anak terabai kerana desakan hidup,barulah kecoh satu Malaysia.Time tu barulah nak beri bantuan dan time tu jugak tanya kenapa tak minta bantuan.Perkara ni dah lama berlaku,tapi ianya masih tiada perubahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. agaknya kerenah birokrasi kat negara kita mmg teruk..tak macam kat negara2 lain

      Delete
  5. memang tak daya nak layan kerenah birokrasi, macam penatnya kami para pengusaha taska nak daftarkan taska, konon nak permudahkan, tapi...

    ReplyDelete
  6. @Nor Azimahbanyak songeh..tu yang ramai patah semangat

    ReplyDelete