
Loading...

Korang ingat lagi tak desas-desus kononnya Ozlyn membuka aib suaminya, Johan? Hah, sekarang timbul pula kisah Ozlyn bengang dengan segelintir pengikut Instagram miliknya.
Ceritanya begini, semalam Ozlyn telah memuat naik sekeping foto anak-anaknya sedang sembahyang bersama. Sejuk je mata kami memandang. Namun, tiba-tiba foto tersebut dijadikan medan perdebatan. Nak tahu kenapa?

Dek kerana itu, Ozlyn telah membalas teguran tersebut dan memberitahu bahawa anak kecilnya itu kini sedang dalam proses pembelajaran dan tak perlulah perkara kecil sebegini dijadikan isu.
Hmm, tapi apa yang kelakarnya, ada saja peminat yang seolah-olah ingin mengeruhkan lagi keadaan dengan menegur perkara yang tiada kena mengena dengan gambar tersebut.

Boleh tahan padu juga jawapan Ozlyn kepada pengikut Instagramnya itu. Sekali baca memang pedas. Namun, nampaknya Ozlyn wat lek wat peace je dengan komen sebegitu. Siap mendoakan yang baik-baik lagi untuk peminatnya.
Tak apalah Ozlyn, anggap je teguran itu sebagai ujian dan cabaran menjadi anak seni. Cewah! Apapun, kami harap Ozlyn ceria selalu bersama suami dan anak-anak tercinta.
Sumber www.ohbulan.com
2 Comments
tak dinafikan sama ada selebriti atau tidak, di mana2 akan ada situasi dan ragam seperti ini...
ReplyDeleteitulah harga yang harus dibayar bila menjadi selebriti, jgn mudah melatah
Delete