Loading...
Kalau mahu memetik kenyataan Azwan Hj. Ali sendiri melalui Twitter beliau, memang tidak manis untuk anda semua baca.
Jadi, marilah kita dengarkan apa kenyataan rasmi pengacara dan artis kontroversi ini kepada media buat pertama kalinya.
Bercakap kepada portal Murai secara eksklusif semalam, Azwan Ali menafikan yang beliau tidak sensitif dengan mengambil gambar sendiri (selfie) ketika negara sedang bertafakur seperti yang ditegur oleh artis muda, Sharnaaz Ahmad baru baru ini.
“Aku dalam industri hiburan sudah 22 tahun, yang dia baru setahun jagung, lagipun aku tahu bila waktu yang sesuai nak berselfie, ramai yang ‘naik hantu’ sebab keliru dengan ‘caption’ gambar itu, hakikatnya aku tidak berselfe ketika negara sedang bertafakur,” ujarnya.
Azwan Ali dalam kenyataan sama mempersoalkan tindakan Sharnaaz Ahmad yang sibuk memuat naik status mempersoalkan tindakan beliau itu sedangkan tidak tahu apa yang terjadi.
“Dia tu siapa? Dia ingat aku selfie masa tengah bertafakur ke? Tolong sikit kalau tidak tahu apa-apa jangan cuba nak memandai-mandai, sah-sah aku selfie sebelum bertafakur, aku ada dekat dataran pada pukul 9 pagi ok! Sebelum bertafakur aku selfie untuk kenang-kenangan, yang dia sibuk apahal!,” tambah Azwan Ali yang tampak kurang senang.
Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Karyawan Datuk Freddie Fernandez berkata adajuga benarnya teguran Sharnaaz Ahmad itu dan Azwan Ali seharusnya lebih sensitif selepas ini.
“Saya harap, ia akan berakhir di Twitter sahaja. Lagipun, masing-masing sudah mengeluarkan ‘paku buah keras‘ masing-masing. Cukup-cukuplah tu. Kalau mereka masih meneruskan perang ini, kami akan memanggil dan cuba menyelesaikannya,“ ujarnya.
rotikaya
1 Comments
Halo... Kami dari Greenpack. Jika ada yang berminat untuk memesan Box Makanan bisa menghubungi kami :)
ReplyDelete