
Loading...
Menurut laopran daripada Republika Online, saluran-saluran televisi menyiarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan pelajar lelaki tersebut ketakutan di dalam kandang yang menempatkan enam ekor harimau putih, bersama singa dan harimau kumbang.
“Kami semua sangat terkejut,” kata Pengarah Taman Zoo Kebangsaan Amitabh Agnihotri di ibu kota India, beliau menambahkan bahawa mayat pelajar tersebut akan dihantar untuk dibedah siasat.
“Harimau menerkam pelajar lelaki itu dan membunuhnya. Saya tidak jelas apakah dia melompat masuk ke dalam kandang atau tak sengaja tergelincir.”
Pihak berkuasa belum memastikan apakah pelajar itu datang sendiri atau bersama teman-temannya. “Penghadang ini terlalu rendah dan nampaknya seperti harimau itu menyambar mangsa ke dalam kandangnya dan menerkam pelajar itu di lehernya,” kata seorang saksi yang melaporkan kejadian itu pada pihak polis.
Pada 2000 seekor harimau menerkam seorang lelaki di sebuah zoo di wilayah timur, Bengal Barat. Pada 2011, India memiliki 1.706 ekor harimau atau lebih dari separuh populasi yang terdapat di seluruh dunia.
Video :





7 Comments
Astagfirullah.. kesiannya.. tak dpt nak bayangkan mcm mana perasaan budak tu bila berdepan dgn keadaan mcm tu.. dah sampai ajal dia...
ReplyDeleteyg pelik..macamana budak tu boleh jatuh dalam kandang rimau tu..
Deleteitu yg menjadi persoalan.. ada yg kata budak tu mabuk. ntah felikk
Deletemabuk?..kesiannya,,sampai macam tu sekali
Deletemungkin budak pelajar tu ta perasan kot bila terjatuh rupanya eh...
ReplyDeletepelajar ternampak dan baru perasan... terperangkap kat dalam rupanya...!
dia kena mesti hati-hati ni
rasanya tempat ni tinggi,kalau jatuh mesti budak tu cedera...sekurang-kurangnya
DeleteSukar nk bygkn.....smoga roh bliau tng....
ReplyDelete