Recents in Beach

4 Beradik Berlegar Tanpa Tujuan Di Tinggal Ibu Bersama Wang RM70

Loading...
Loading...
Sarawak, 9 Nov - Empat orang kanak-kanak, berusia antara 2 hingga 7 tahun telah dijumpai berlegar tanpa arah tujuan di Sibu Jaya semalam oleh pihak polis.

Menurut laporan polis , mereka dijumpai bersama dengan wang tunai RM70, dua pasang payung serta beg dan mengikut laporan tersebut juga, kanak-kanak tersebut dipercayai berketurunan Iban.

Polis dikatakan sudah cuba mengesan lokasi ibu bapa mereka tetapi tidak berjaya dan telah menyerahkan kes tersebut kepada jabatan kebajikan untuk diselesaikan.
Berikut adalah senarai nama empat orang kanak-kanak tersebut, yang juga adik beradik:

  1. Menai (7 tahun)
  2. Iyen (7 tahun)
  3. Echa (4 tahun)
  4. Olivia (2 tahun)

Menurut laporan polis itu juga, ada tertulis bahawa kanak-kanak tersebut telah dihalau dari rumah ibu mereka.
Empat kanak-kanak dipercayai adik beradik ini menyatakan nama mereka adalah Menai,7, Iyen,7, Echa,4 dan Olivia,2.

Mengikut laporan polis, kanak-kanak malang ini ditemui sekitar jam 3.30 petang di hadapan sebuah kafe.
Pemeriksaan polis mendapati kanak-kanak ini hanya membawa sebuah beg, dua payung dan wang tunai RM70.
Dipercayai berbangsa Iban, usaha pihak polis menjejak rumah mereka dikatakan gagal hingga kanak-kanak ini terpaksa diserahkan kepada jabatan kebajikan untuk dilindungi.
Diharapkan waris kanak-kanak ini dapat tampil membela nasib mereka sekaligus membongkar kisah sebenar bagaimana seorang ibu boleh dikatakan tergamak berbuat begini kepada anak-anaknya yang masih kecil. 

http://www.siakapkeli.com/


Post a Comment

7 Comments

  1. Tergamak ya ibu bpa nya berbuat begitu..pndai bt anak tp xde tgunggjawab..moga mereka ini dpt di tgkp dan di hukum..mnyedihkn skli..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun kurang jelas tapi yg pasti mereka ni pernah dijaga dgn baik berpandukan kpd pakaian dan rupa. Tak comot. Kita kena siasat.

      Delete
  2. kpd pihak berwajib..ambil t/jawab dgn segera..berikan hidayah keatas amanah allah ini..amin

    ReplyDelete
  3. aduihhhhh....tak sanggup nak buang/tinggal anak-anak macam nie.....*!@#$%^*.....punya ibu...memang aku tak sanggup woiiiii......

    ReplyDelete