
Loading...
Kuala Berang: Seorang pelajar tingkatan empat Ahmad Rafikin Azman, 16, hilang ketika menyertai acara Maraton Gajah Terom di Sekayu, Kuala Berang, petang semalam.
Perkara itu disedari bapa mangsa, Azman Othman yang datang untuk menjemputnya jam 3 petang semalam, tetapi pelajar itu tidak muncul di garisan penamat tanpa diketahui puncanya.
Difahamkan, pada malam sebelum kejadian, pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu itu berkhemah di lokasi marathon berkenaan yang dianjurkan Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Terengganu dan diuruskan oleh Persatuan Kembara Negara.

Sumber berkata, pihak urusetia memaklumkan Ahmad Rafikin hanya sempat melepasi 'checkpoint' pertama saja dan selepas itu tidak dapat dikesan.
"Sehingga jam 4.30 petang tadi, pasukan mencari dan menyelamat masih belum menemui mangsa dan operasi masih diteruskan," katanya.
Seramai 42 anggota daripada pasukan Bomba dan Penyelamat, polis, Rela dan penduduk kampung setempat mengambil bahagian dalam operasi mencari.
Acara marathon itu disertai 540 peserta pelbagai peringkat umur bermula pada jam 8.15 pagi.
Mimpi Aneh

Update dari Sekayu kes kehilangan adik Rafikin.
Adik Nor Hayati dari Sekolah Sekolah Sri Berang mendapat alamat dari mimpinya semalam mangsa hilang di sekitar pokok besar di laluan trek marathon Gunung Gajah Terom.

Wajah sayu ibu kepada Adik Rafikin yang masih hilang di Sekayu.

Antara kumpulan sukarelawan yang turut serta dalam SAR membuat persiapan untuk bermalam di Hutan Lipur Sekayu.
Kumpulan yang terdiri dari 6 orang ini masuk pada jam 5 petang dan tiba di sekitar lokasi mangsa hilang pada jam 7 malam.
Ahli kumpulan ini mendakwa mereka mendengar seperti sahutan yang kurang jelas walaubagaimanapun masih meneruskan pelbagai ikhtiar dan usaha untuk mencari adik Rafikin.
UPDATE 10am: Lintas Langsung dari SAR Hutan Lipur Sekayu :
Pasukan Penyelamat telah mendengar laungan dua kali meminta tolong daripada suara yang disyaki mangsa hilang di Air Terjun ke-7 di Sekayu selepas melaungkan azan.
Usaha mencari dan menyelamat dipergiat. Doakan adik Rafikin ditemui dalam keadaan yang selamat





5 Comments
Assalam. Dapat petunjuk pelajar hilang dpokok besar warna putih (cerah) berbentuk 'Y' di lereng bukit. Mungkin ada diatas pokok atau dbawah sekitar pokok 'Y' itu.Dia selamat cuma keletihan & kelaparan. InsyaAllah... lebih kurang jam 10 pagi esok akan djumpai....... Tk.
ReplyDeleteAssalam. Dapat petunjuk pelajar hilang dpokok besar warna putih (cerah) berbentuk 'Y' di lereng bukit. Mungkin ada diatas pokok atau dbawah sekitar pokok 'Y' itu.Dia selamat cuma keletihan & kelaparan. InsyaAllah... lebih kurang jam 10 pagi esok akan djumpai....... Tk.
ReplyDeletekalau benar..alhamdulillah..syukur
DeleteInsyaAllah...esok pagi saya akan fax lakaran peta kedudukan 'pelajar' itu ke Balai Polis Kuala Brang.
Deleteok..akak tunggu yer
Delete