Recents in Beach

Pintu Alam Ghaib Di Buka Sebelum Jenazah Rafikin Di Jumpai

Loading...
Loading...
Saya dapat mesej dari seseorang yang terlibat dalam operasi mencari adik Rafikin di kawasan air terjun Sekayu semalam ketika usaha mencari adik Rafikin sedang giat dilakukan...



Dan ini adalah berita yang diterima pagi ini:

Pelajar Sekolah Menengah Sains (SMS) Sultan Mahmud yang hilang ketika menyertai acara maraton Cabaran Antarabangsa Gunung Terom, Sekayu, ditemui mati, kira-kira jam 6.35 petang tadi.

 Allahyarham Ahmad Rafikin Azman, 16, ditemui anggota pasukan mencari dan menyelamat tersepit di celah batu, tidak jauh dari trek perlumbaan, lapor sebuah portal berita.

 Jenazahnya dibawa turun ke kaki gunung pada kira-kira jam 6.50 petang dan dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk dibedah siasat. 

Berikut merupakan cerita kawan kepada ustaz yang menemui jenazah arwah Ahmad Rafikin.




                                               Ketika Ustaz Sedang Melaungkan Azan


Ni gambar aku amik masa ustaz ni azan. Lepas azan 3 kali angin kuat menyapa dan masa tu ustaz ni berkomunikasi dengan benda tu. 

Bawah jambatan tu la diorang ada terdengar seperti orang menangis minta tolong tapi cari punya cari tapi tak jumpa. 

Aku yang terlibat dalam operasi ni pun macam tak caya. Kata ustaz tadi takda mende pun (dia macam menyembunyikan sesuatu). 

Korek punya korek. Ustaz tu cerita ada 3 orang, dua lelaki dan seorang perempuan tua. 

Seorang budak remaja perempuan, cucu kepada si tua tadi berkenan dengan arwah. Macamana cucu tu leh berkenan dengan arwah Ustaz tak cerita sebab ustaz pun tak tahu. 

Dekat-dekat kawasan tu ada pintu gerbang alam kita dan alam dia. Kedudukan gerbang tu depan sedikit dari jambatan gantung yang kedua. 

Penduduk dan para penyelamat membuat solat hajat dan doa di air terjun.


Inikah yang dimaksudkan pokok berbentuk Y?

Gerbang Yang Dikatakan Pintu antara Alam Kita dan Alam Mereka

AYAH mangsa, Azman Othman, 50 menyiram pusara arwah anaknya, Ahmad Rafikin Azman dijumpai meninggal dunia selepas empat hari pencarian mangsa di Hutan Lipur Air Terjun Sekayu dan turut serta Abang mangsa, Ahmad Riduan Azman (dua dari kiri) pada pengkebumian di Tanah Perkuburan Islam Jalan Pusara.

Al Fatihah kepada adik Ahmad Rafikin. Semoga keluarga tabah.


Post a Comment

5 Comments

  1. teringat filem melayu lakonan remy ishak..macam ni juga lebih kurang kan..apa tajuknye ye..azazil ke gitulah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke..akak x pernah lihat lg cerita tu..teringin nak tgk

      Delete
  2. sudden death merupakan sesuatu yang sukar diterima oleh sesiapa pun
    misteri alam juga tidak dapat dinafikan
    semoga keluarga allahyarham tabah menghadapi berita ni
    ALLAH mengetahui segalanya

    ReplyDelete