Recents in Beach

Kanak-kanak diletakkan di atas najis lembu agar memperoleh kesihatan dan nasib baik

Loading...
Loading...
Kanak-kanak diletakkan di atas najis lembu agar memperoleh kesihatan dan nasib baik:





Mungkin aneh bagi sesetengah orang, tetapi bagi penganut agama Hindu, upacara meletakkan kanak-kanak di atas  najis lembu bersempena perayaan Hindu Govardhan Puja, adalah perkara biasa. 

Menurut laporan Daily Mail, kanak-kanak diletakkan di atas najis lembu yang dihiasi dengan bunga oleh ibu bapa mereka, selain kulit digosok dengan najis itu adalah bertujuan untuk mendapatkan nasib yang baik. 



Difahamkan, mereka berharap anak-anak diberi kesihatan yang baik dan dilindungi dari sebarang penyakit daripada ritual tersebut. 

Berdasarkan video, pelbagai ada beberapa kanak-kanak pelbagai peringkat umur mengambil bahagian dalam upacara itu termasuk seorang bayi. 

Selain najis itu dihiasi dengan bunga, mereka turut menghiasinya dengan bulu burung merak. 

Selepas itu, orang dewasa mula menari mengikut muzik emnggunakan drum dan tongkat untuk meneruskan ritual tersebut pada 8 November lalu. 



2.jpg

Perayaan Govardhan Puja juga dikenali sebagai 'Annaku' yang merupakan festival Hindu yang diadakan pada hari keempat Diwali, di mana para penganutnya berdoa kepada Tuhan Krishna. 

Perayaan itu bagi memperingati Lord Khirshna yang menewaskan Lord Indra, yang membawa hujan lebat sehingga memusnahkan ladang.




Post a Comment

0 Comments