Recents in Beach

Peristiwa Dan Kejadian Aneh Di Air Terjun Sekayu Yang Perlu Anda Tahu

Loading...
Loading...

Air terjun sekayu memang tak perlu diperkenalkan lagi, Ianya sangat masyhur di terengganu. Tempat ini sangat terkenal untuk berkelah, jungle tracking, camping dan yang berkaitan dengan beriadah,

Tapi awas! disebaliknya ada cerita lain yang jarang orang ambil peduli iaitu bahaya dan misteri disebalik Hutan lipur Sekayu...

Gambar di atas ialah air terjun utama dan terbesar di kawasan rekreasi air terjun Sekayu ini. Untuk sampai disini anda mesti mendaki berpuluh-puluh anak tangga.


Air terjun Sekayu juga merupakan kawasan yang amat bagus untuk merakam gambar / foto macro flora dan fauna. Ada taman Orkid yang mempunyai beratus-ratus spesis bunga Orkid. Ada taman herba yang mempunyai beratus-ratus tanaman herba siap dengan nama saintifiknya sekali.

Air terjun Sekayu terletak di Hutan Lipur Sekayu, Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu. Lebih kurang dalam 16km dari bandar Kuala Berang. Dan lebih kurang 50km dari bandar Kuala Terengganu.

Apa Yang Seramnya?

Suasana yang menyeramkan
Sejak hutan lipur sekayu dibuka kapada umum pada pertengahan tahun 70an banyak sangat kematian yang dicatatkan, sama ada mati lemas atau mati lemas kerana akibat fenomena kepala air.

Pernah suatu ketika...dah lama...kawan saya telah lemas ketika terjun dipuncak teratas air terjun ini...berhari-hari juga barulah mayatnya dijumpai.

Mayat kawan saya dijumpai dengan keadaan kepalanya tersepit dicelah batu dengan kedudukan kepala kebawah dan kakinya ke atas.

Hantu-nya...?


Tajuk ini agak mundur kebelakang,...primitif!! 

Sukar untuk dipercayai kerana mungkin kita tak pernah menjumpainya,

Tapi kalau kita belum pernah menjumpai nya adakah pendapat kita makhluk  ni tidak wujud,?

Sekurang2nya kita mesti mempercayai tentang wujudnya makhluk seperti Jin dan Iblis dan disinilah permulaan kapada wujud nya hantu.


Abang ni dah beberapa kali terjumpa dengan makhluk ALLAH yang berupa bebola api berlegar ditempat beliau berehat dibilik pengawal...

Aku sendiri sudah beberapa kali mengunjungi kawasan perkelahan hutan lipur sekayu pada masa tiada pengunjung langsung,Masa2 yang tiada pengunjung biasanya pada bulan disember atau pun pada musim tengkujuh.Tujuan aku kesitu hanya lah untuk menghayati hutan lipur sekayu ketika tiada langsung pengunjung dan maksud aku yang tersirat ialah mungkin terjumpa dengan makhluk2 itu,

-Azram Sulong



Di air terjun inilah yang biasa terjadi pengunjung mati lemas ..padahal air terjun ini hanya mempunyai kedalaman sekitar 1 meter sahaja.

Lihat kelajuan air terjun Sekayu ini dibawah....bayangkan pula jika sekiranya dipuncak ini berlaku hujan lebat...pastinya akan berlaku kejadian kepala air yang menakutkan, jadi.....hati-hatilah bila mandi manda disini.

                   

Tahukah anda?

Ramai orang yang telah menceritakan tentang penemuan makhluk misteri dan menyeramkan dihutan lipur sekayu. Ada bermacam-macam versi.


Antaranya:
Jelmaan Tanpa Wajah
Ada yang berbentuk bebola api yang datang menerangi kawasan perkelahan dan ada yang menjumpainya dalam bentuk perempuan yang rambut terhurai dan duduk diatas batu sambil menyikat-nyikat rambutnya tapi bila dipanggil atau ditegur biasanya makhluk itu akan berpaling dan menunjukan wajah nya yang tiada wajah.


Makhluk misteri dikatakan muncul sebelum kemalangan berlaku
Semasa saya remaja dulu inilah cerita yang selalu diceritakan oleh orang-orang tua bila setiap kali saya dan keluarga pergi berkelah di sana.

Agak menyeramkan apabila dibayangkan situasi yang seperti itu. Pada kebiasaannya kemunculan makhluk ini pada waktu petang dan selepas hujan renyai-renyai.

Baca juga:

Ada MAKHLUK Lain Terlibat Dalam Tragedi Maut Marathon Gunung Gajah TEROM Di Sekayu?



Kepada semua pengunjung yang ingin datang ke hutan lipur sekayu dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati. 

Bak kata orang-orang tua,jangan terlalu suka kerana terlalu suka mungkin musibah yang akan menanti. 

Kepada kaum wanita di ingatkan supaya jangan bersolek terlalu cantik atau memakai bauan yang harum jika kesana kerana makhluk halus dikatakan amat suka kepada kecantikan dan haruman.

Dikatakan juga makhluk-makhluk ghaib ini akan muncul sebelum kemalangan atau kematian akan terjadi. Ini merupakan sesuatu yang agak pelik seolah-olah kemunculannya seperti meminta korban.

Ingat.!!.
Makluk Lain Juga Penghuni Hutan :


Didalam Al-Quran juga ada menyatakan tentang kewujudan Jin dan Iblis yang mana manusia tidak boleh nampak dalam bentuk asalnya dan hanya  akan melihat dalam jelmaan dalam pelbagai bentuk.


Oleh yang demikian sesuatu kejadian itu adalah kehendak ALLAH SWT dan ia telah tertulis kepada setiap  MakhlukNYA yang berada diatas muka bumi ini dan tidak mustahil dengan apa yang berlaku kebelakangan ini.

Walau bagaimanapun kita tidak perlu percaya kaitannya dengan kemunculan makhluk-makhluk ghaib ini dengan kemalangan yang terjadi, anggaplah semuanya ini hanyalah kebetulan sahaja...

Adakah cerita-cerita ini hanya karut semata-mata?

.Itu terpulang lah keatas budi bicara masing2-masing serta Ilmu yang ada didada masing-masing,

sekian....walahualam.

Post a Comment

0 Comments