Recents in Beach

Alyah Gatal Tangan,Aibkan Maruah Suami,Mula Salahkan Wartawan

Loading...
Loading...
Petang semalam, dia sendiri yang gatal tangan memuat naik gambar suaminya, Datuk Ramli MS dengan seorang wanita yang tidak dinyatakan identitinya.

Lepas itu, gambar yang dimuat naik di Instagram miliknya itu menjadi tanda tanya ramai apabila penyanyi Alyah menulis kapsyen seolah-olah Ramli telah menganiayanya.


Sudahnya, kecohlah seketika industri hiburan gara-gara gambar tersebut. Yang pelik, bila sudah kecoh, tak sampai beberapa jam, gambar itu dipadam. Wartawan yang cuba menelefon yang bertanyakan lanjut hal tersebut, tidak dilayan.

Namun ada seorang wartawan dari BH Online yang bertuah apabila Alyah sudi memberi kenyataan.
Menurut laporan itu, Alyah mengatakan suaminya kini sudah berkahwin lain sehingga penyanyi itu merasakan kehidupannya kini sudah hancur dan terasa bodoh selama ini dipermainkan suaminya.

Namun menjelang malam tadi, menerusi kemaskini terbaru di Instagram, Alyah tampil memuat naik penjelasanya pula.

Dia kata terlalu mengikut emosi sehingga mengirimkan gambar wanita yang mengganggu rumah tangganya ke Instagram namun tidak pernah keluarkan kenyataan suami sudah berkahwin lain.
“Saya post tadi kerana saya sudah tak mampu mengawal emosi. Perempuan dalam gambar tu daripada saya berkawan sampai sudah berkahwin sering menganggu hubungan saya.

Saya ucapkan tahniah kepada perempuan tersebut kerana berjaya menghancurkan rumahtangga saya”
“Saya tak pernah keluarkan kenyataan suami saya kawin dengan perempuan tu.

Maafkan saya kerana hari ini. Saya tidak dapat menahan emosi dan saya telah lakukan kesilapan yang besar.Tapi janganlah memanipulasikan cerita saya sampai semuanya jadi tidak benar,” tulisnya.
Penjelasan Alyah itu seolah-olah menyalahkan wartawan tersebut pula. Namun apabila ditanya hal sebenar kepada wartawan tersebut, dia mengakui menemuramah penyanyi dan menghantarkan artikel yang ditulisnya untuk diperiksa oleh Alyah terlebih dahulu bagi kepuasan penyanyi itu.

“Lepas Alyah baca dan periksa, dia siap cakap, awak (wartawan) nak tulis apa pun tulislah, hidup saya sudah hancur,” katanya yang turut memberitahu Alyah mengakui wanita itu sudah berkahwin dengan Ramli.

Jadi, siapa yang tidak betul sekarang? Adakah Alyah hendak menyelamatkan dirinya selepas memuatkan kisah rumahtangga di laman sosial dengan meletakkan kesalahan kepada wartawan pula?

Tolonglah Alyah, awak yang memulakan semua kontroversi ini dahulu. Sudah memuatnaik gambar, bila sudah kecoh, cepat-cepat padam.


Lepas itu, bila artikel penjelasan sudah disiarkan, tak mengaku pula. Kepada Alyah yang sudah lama dalam industri ini, wartawan bukan suka-suka atau terhegeh-hegeh nak cari awak petang Ahad. Banyak lagi kerja yang nak buat.

Gelagat Alyah ini adalah salah satu contoh artis yang tidak berfikir panjang sebelum membuat tindakan.

 Nak kata tidak cerdik, nanti kecil hati pula.

Tapi memang itu hakikatnya. Seronok-seronok hendak cari publisiti murahan ke? Atau petang semalam tak ada show dan bosan-bosan pergi memuatkan naik gambar suami sendiri dengan wanita lain.

Yang menyedihkan, Alyah sendiri yang mengaibkan maruah Ramli. Kepada Alyah, fikir-fikirlah. Jadilah artis yang bijak ye!

Contoh terbaik macam Datuk Siti Nurhaliza. Itu yang popular dan kekal di puncak selama 20 tahun tanpa perlu pun kontroversi murahan

Post a Comment

0 Comments