Recents in Beach

Mangsa banjir minta maaf, pulangkan balik barang dicuri

Loading...
Loading...
GAMBAR menunjukkan satu beg plastik berisi toiletries yang dipulangkan oleh seorang pencuri kepada sebuah kedai runcit kini hangat diperkatakan netizen.


Barangan tersebut dipercayai dicuri seorang mangsa banjir baru-baru ini, berdasarkan nota ditinggalkan pada plastik berkenaan yang berbunyi

 ‘Harap maafkan saya kerana mencuri barang ketika banjir hari itu. 
Saya pulangkan balik.’

Individu yang bertanggungjawab bagaimanapun tidak diketahui kerana dia dipercayai segera menghilangkan diri sebaik sahaja memulangkan barangan yang pernah dicurinya itu. 

Lokasi kedai tersebut juga tidak didedahkan oleh sumber yang berkongsi gambar ini.

Sementara itu, ramai berpendapat mangsa banjir tersebut berkemungkinan terlalu terdesak hingga menyebabkan dia bertindak mencuri tempoh hari.

Tak dinafikan, banjir yang melanda baru-baru ini agak dahsyat keadaannya di sesetengah tempat, hinggakan ada penduduk di kawasan tertentu terputus barangan keperluan.

 Apa pun sebagai penganut Islam, kita harus ingat bahawa ‘matlamat tidak pernah menghalalkan cara’.

Post a Comment

3 Comments

  1. mungkin kerana terlalu terdesak dengan niat akan memulangkan semula kot... masa tu tuan kedai dah tak ada sebab banjir.Nak bayar tak dapat.Tak ambil barang, memang nak guna.Apa salahnya bersangka baik.besar pahala tauke kedai tu.Tapi kalau nak kecoh-kecoh,pahala akan hilang sebab nak buat sesi tuduh menuduh pulak.

    ReplyDelete
  2. dala keadaan darurat spt ini,macam2 boleh jadi

    ReplyDelete