Recents in Beach

Misteri Kenapa Burung Selalu Sangat Langgar Pesawat AkhirnyaTerungkai

Loading...
Loading...
Menjadi satu menjadi misteri sejak sekian lama sebab kenapa burung tangkas tidak boleh mengelak daripada melanggar pesawat yang terbang sehingga menyebabkan sesetengahnya terpaksa membuat pendaratan cemas dalam keadaan ekstrem akibat berdepan sekumpulan burung berkenaan di laluan udara.


Kini misteri itu dirungkai hasil penyelidikan sekumpulan saintis mendakwa burung-burung tersebut tidak mempunyai masa untuk mengelak daripada objek yang bergerak dalam kelajuan melebihi 120 kilometer sejam menghala ke arah mereka.

Sekumpulan pakar Pusat Penyelidikan Hidupan Liar Kebangsaan Amerika Syarikat yang berpengkalan di Ohio dan dua universiti realiti virtual menggunakan video untuk mengakses tempoh masa reaksi burung-burung tersebut.

Mereka mencadangkan pemasangan lampu baru pada pesawat boleh membantu burung itu mengelak daripada terlanggar enjin pesawat. Pengurusan Penerbangan Persekutuan ((FAA) berkata, 9,000 burung dilanggar pesawat di US setiap tahun dan bersifat konservatif kerana perlanggaran burung tidak perlu dilaporkan.
Kira-kira 9,000 insiden pelanggaran burung dengan pesawat dilaporkan di Amerika Syarikat setiap tahun menurut kajian saintis.

Pelanggaran burung bukan sahaja membunuh haiwan itu tetapi boleh mencederakan pemandu jika ia haiwan itu melanggar cermin hadapan pesawat disamping membawa ancaman tinggi terhadap keselamatan pesawat kerana boleh mengakibatkan enjin gagal berfungsi.

Pakar saintis itu telah membuat eksperimen dengan memainkan video sebuah lori sedang bergerak laju ke arah kumpulan burung berkepala coklat itu dengan kelajuan 60 hingga 360 kilometer sejam.


Pengukuran reaksi kumpulan burung itu para saintis mendapati bahawa burung-burung tersebut bertindak berdasarkan jarak antara badan dan lori berkenaan melibatkan kelajuannya.


Hasilnya, kumpulan burung itu mula terbang mengelak lori itu apabila kedudukan jarak lori itu pada 30 meter, menurut kajian tersebut. Saintis menyimpulkan bahawa peningkatan kelajuan sesebuah kenderaan menyebabkan burung tidak mempunyai masa untuk mengelak perlanggaran kenderaan tersebut.

Saintis turut mencadangkan bahawa penyelidikan melibatkan burung spesis lain perlu dilakukan bagi memastikan kesemua haiwan itu menggunakan teknik sama mengelak perlanggaran dengan kenderaan. - Daily Mail

Post a Comment

0 Comments