Recents in Beach

Pelik Sangatkah Bila Ramli MS Kahwen Lagi?

Loading...
Loading...
 Tanda tanya mengenai gambar wanita di sebelah konduktor muzik dan komposer terkenal Datuk Ramli MS yang dimuat naik isterinya yang juga penyanyi Alyah di Instagram tadi terungkai apabila Alyah tampil membuat pengakuan wanita terbabit mendakwa sudah berkahwin dengan suaminya.



Alyah ketika dihubungi Harian Metro turut mengucapkan tahniah kepada wanita yang dikenali dengan nama Siti Hafilah Che Kar kerana berjaya mengahwini suaminya.

Alyah berkata, dia menjumpai gambar itu di dalam telefon bimbit lama milik Ramli namun tidak pasti bila mereka berkahwin.

“Hati dan hidup saya sudah hancur. Dah tak bermakna lagi. Apa salah saya? Tidak cukupkah pengorbanan yang saya lakukan?” katanya.

Penyanyi Alyah hari ini mencetuskan kontroversi apabila dia memuat naik gambar suaminya, Datuk Ramli MS dengan seorang wanita yang tidak dinyatakan identitinya.

Gambar yang dimuat naik Alyah atau nama sebenarnya Norhasliah Abu Hassan, 34, di Instagram miliknya itu menjadi tanda tanya ramai apabila penyanyi itu menulis kapsyen seolah-olah Ramli telah menganiayanya.

"Kalau tidak pernah mencintai saya kenapa perlakukan saya sebegini. Tak cukup lagikah pengorbanan yang saya lakukan?," tulis Alyah.

Dalam status itu Alyah juga memohon kepada Allah sekiranya dia pernah menganiaya orang lain, moga Allah memberi petunjuk agar kembali ke jalan-Nya.

"Namun jika aku yang dianiaya, aku mohon kepada-Mu, ya Allah, Kau angkatlah doaku juga dengarlah kesedihanku ya Allah..." tambahnya penuh misteri.

Bagaimanapun gambar tersebut telah dipadamkan dari akaun Instagram Alyah.

Sementara itu, bercakap kepada BH Online, Alyah mendedahkan, Ramli telah berkahwin dengan wanita yang dikenali sebagai Siti Hafilah Che Kar secara sembunyi tetapi tidak diketahui bila tarikhnya.


Malah Alyah turut mengucapkan terima kasih kepada wanita itu kerana menghancurkan rumah tangganya.

Dalam laporan itu Alyah turut mengatakan selama berkahwin dengan Ramli, dia seperti orang bodoh apabila suaminya itu sering menegah untuk mereka bergambar bersama dan memuat naik gambar-gambar di laman Instagram.

Alyah juga menganggap kehidupan rumah tangganya sudah hancur dan menerima apa juga kesudahan dalam hidupnya itu.

Rasanya kalau berita Ramli MS berkahwen lagi,ianya tidaklah sangat mengejutkan kerana memang sikapnya begitu bila suka sangat menyembunyikan perkahwinannya bersama Alyah.Tak gitu?


Tapi satu yang pasti..bila dilihat betul-betul gambar itu,rasanya macam foto tu foto lama....namun begitu hanya Ramli MS saja mampu menjawabnya.

Apatah lagi sebelum ini Ramli dan Alyah pernah bernikah secara rahsia di Batam, Indonesia pada 18 Mac 2013.

Perkahwinan itu terbongkar apabila sekumpulan pegawai penguatkuasa, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat serbuan di rumah mereka di Bandar Kinrara, Puchong kira-kira pukul 7.30 pagi 28 Ogos lalu.

Bagaimanapun mereka berjaya meyakinkan pihak penguatkuasa berkenaan selepas mengemukakan dokumen pernikahan itu.





Post a Comment

0 Comments