Recents in Beach

Peminat Marah,Alyah Tak Matang

Loading...
Loading...
KONGSI MASALAH RUMAH TANGGA DI INSTAGRAM, ALYAH TAK MATANG TANGANI ISU PERIBADI



Bukan sekali dua penyanyi ini menimbulkan rasa 'amarah' baik di kalangan peminat mahupun pihak media. 

Belumpun selesai isu kahwin senyapnya, pelantun lagu 'Sesal Separuh Nyawa' ini terpalit dengan kontroversi terbaru berkenaan kisah rumah tangganya. 

Semalam, Alyah telah memuatnaik sekeping gambar yang memaparkan suaminya, Datuk Ramli MS bersama seorang wanita lain. Gambar itu menimbulkan tanda tanya apabila Alyah menulis kapsyen yang berbunyi;
"Ya Allah yang Tuhanku, sekiranya aku menganaya hamamu yg lain. Kau tuntunlah aku utk Kembali ke jalanmu.Namun jika aku yg dianaya aku mohon padamu ya Allah swt. Kau angkatlah doaku jg dgrlah kesedihanku ya Allah swt... Klu tidak pernah mencintai saya kenapa perlakukan saya sebegini.Tak cukup lagi kah pengorbanan yg saya lakukan??"
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, Alyah memberitahu;

"Tahniah juga atas cubaan menghancurkan rumah tangga saya. Saya hidu cerita ini lama tetapi baru saja dapat bukti bergambar.

"Saya reda dengan apa saja yang akan terjadi. Lepas satu dugaan demi dugaan saya lalui. Saya kurang pasti bila mereka berkahwin.
"Sebelum ini wanita itu pernah cakap mengenai hal kahwin dan sekarang sudah terbukti."

Namun, selepas memberi kenyataan kepada pihak media berhubung gambar dan kapsyen tersebut, Alyah dilihat membuang pos terdahulu dan menggantikan dengan status terbaru seolah-olah menyalahkan pihak media yang mengeluarkan kenyataannya. 
"Saya post pic tadi kerana saya sudah tak mampu mengawal emosi.perempuan dlm pic Tu dari saya berkawan sampai saya dah berkahwin sering menganggu hubungan saya.Yg saya ucapkan pada sesiapa yg menghubungi saya utk di temu bual adalah.Tahniah kepada perempuan tersebut kerana berjaya menghancurkan rumahtangga saya.saya tak pernah kluarkan kenyataan suami saya kawin dgn perempuan Tu.

"Maafkan saya kerana hari ini.saya tidak dapat menahan emosi Dan saya telah melakukan kesilapan yg besar.Tapi jgnla memanipolasi kan cerita saya.sampai semuanya jadi tidak Benar," kata Alyah. 

Dua situasi dalam satu jangka masa yang sama menunjukkan betapa penyanyi berusia 34 tahun ini masih kurang cerdik atau dalam erti kata lain tidak matang untuk menangani isu peribadi. Sementelah tahun ini, kariernya sudah 15 tahun dalam industri.

Satu jangka masa yang agak lama untuk seseorang artis itu belajar daripada apa yang telah berlaku. Namun, itu tidak pada Alyah.

Bukan sahaja kes seperti ini tetapi banyak lagi isu yang berkaitan dengannya dilihat gagal ditangani dengan baik sehingga mengundang banyak perdebatan. 


Post a Comment

0 Comments