Recents in Beach

Langgar Kereta Ramli,Alyah Terima Padah

Loading...
Loading...
Penyanyi Alyah mengakui telah melanggar kereta suaminya, Ramli MS kerana hilang kawalan. 



Menurut laporan Harian Metro pada Jumaat, pelantun suara ‘Sesal Separuh Nyawa’ itu berbuat demikian kerana gagal mengawal emosi dan kecewa dengan perbuatan suaminya.

“Kalau terlalu ikutkan marah dan kegagalan mengawal emosi pada hari itu, mungkin habis benda lain pun saya langgar.

“Tapi perkara itu pun sudah lepas . Apa sebab sebenar (kejadian) biarlah hanya kami berdua saja yang tahu,” katanya. Akibat daripada kejadian itu Alyah terpaksa menangung kos berjumlah RM11, 000 untuk membaiki semula keretanya yang remuk.

“Saya terpaksa keluarkan duit untuk betulkan semula bahagian depan kereta termasuklah lampu yang bernilai ribuan ringgit.

“Mengenai kereta dia, saya tak pasti sama ada dia sudah baiki ataupun belum. Kena tanya dia sendiri.” ujarnya.

Terdahulu, Alyah telah menimbulkan tanda tanya dengan memuat naik foto suaminya bersama seorang wanita menerusi laman Instagram miliknya.

Foto itu kemudiannya telah dipadamkan tidak lama kemudian setelah penyanyi itu sedar foto tersebut telah menarik perhatian ramai, lapor Hmetro.

Sumber mendakwa tindakan Alyah melanggar kereta suaminya sehingga remuk pada bahagian depan adalah kerana tertekan dengan pelbagai teka-teki dan kekeliruan yang wujud dengan kehadiran wanita tersebut dalam perkahwinannya.

Post a Comment

0 Comments