Recents in Beach

Jahatnya Pengasuh:Bayi ditampar, diseksa, dipukul kejam

Loading...
Loading...
Sudahlah ditampar berulang kali, malah turut dipukul di bahagian dada hingga ditolak ke tepi.



Itulah nasib yang ditimpa seorang bayi berusia dalam lingkungan enam bulan yang disyaki didera oleh seorang wanita di sebuah rumah yang tidak dikenalpasti.

Insiden tersebut terbongkar apabila sebuah video berdurasi 47 saat menjadi viral di laman Facebook dan Whatsapp yang memaparkan wanita dipercayai pengasuh mendera bayi itu tanpa belas kasihan.

Berdasarkan pemerhatian  kemungkinan insiden itu berlaku di pusat asuhan apabila mengamati rakaman yang dirakam wanita itu berdasarkan persekitaran sekeliling walaupun audio tersebut kurang jelas.

Bayi tersebut kemudiannya meraung kesakitan apabila dipukul berkali-kali di bahagian dada setelah ditampar berulang kali di pipi.

Apabila bayi tersebut ditolak ke tepi sudut, wanita itu turut melakukan perbuatan yang sama di bahagian belakang dan kepala bayi itu.

Namun, tidak dapat dipastikan bila dan di mana kejadian ini berlaku.

Majoriti pengguna di media sosial menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan siasatan segera untuk menangkap si pelaku dan mendakwa di mahkamah atas kesalahan mendera kanak-kanak bawah umur.

Ada juga yang menggesa Jabatan Kebajikan Masyarakat supaya mengambil tindakan tegas dengan menyiasat penyebaran video tersebut.

Amat dikesali, masih wujud manusia di zaman ini yang masih tidak ada hati dan perasaan dengan mendera seorang bayi yang baru mahu mengenal dunia.

Pautan video:

Post a Comment

0 Comments