Recents in Beach

Lelaki Misteri Jumpa Anita Di Bukit Tabur.

Loading...
Loading...
SHAH ALAM – Tarikh 22 Februari 2009 merupakan tarikh keramat yang tidak dapat dilupakan Wartawan Penyiaran Sinar TV, Anita Abu Hassan, selepas dia bersama beberapa rakan termasuk tiga rakan serumah tersesat dan terperangkap ketika mendaki Bukit Tabur, Hulu Klang.
Insiden hitam itu memberi kesan mendalam kepada wanita berusia 37 tahun itu, malah katanya, dia serik dan itu adalah pendakian terakhirnya.

Mengimbau kembali kejadian kira-kira enam tahun dahulu, Anita bersama tiga rakan serumah, Norazidah Buang, 36, dan Norfadilah Hassan, 30, serta beberapa lagi rakan naik ke Bukit Tabur untuk tujuan riadah dan rekreasi.

“Kami mula mendaki jam 7.30 pagi dan terus mendaki tanpa sedar sudah jauh dan meninggalkan jalan masuk. “Selepas jam 12 tengah hari, kumpulan kami mula perasan tiada orang lain mendaki.... hanya kami. Lebih malang, tiada seorang pun tahu jalan keluar,” katanya.

Mereka kemuidannya memutuskan untuk meneruskan pendakian hingga tidak sedar sudah tiba di puncak.

“Ketika hendak turun saya dan Norazidah tiba-tiba berasa gayat dan seperti tidak ada tempat untuk berpijak.

“Ketika itu sudah masuk waktu tengah hari sebelum kumpulan kami terserempak dengan seorang lelaki yang datang dari arah bertentangan hutan. Kami sempat bertanyakan jalan keluar yang mudah,” ceritanya.

Lelaki itu kemudiannya memberi isyarat supaya mereka menghala ke atas dan mencari sebatang sungai.

Anita bersama rakan menuruti arahan dan mendaki, kemudian menuruni curam yang sempit, memanjat batubatu tajam selepas didorong semangat untuk mencari sungai yang dikatakan boleh bantu mereka temui jalan keluar.

“Kami tak jumpa sungai tapi selepas berfikir semula, petunjuk itu tidak logik kerana mana mungkin akan jumpai sungai atas puncak bukit.

Ketika itu saya yakin kami sudah tersesat,” katanya.

Beliau berkata, setelah beberapa cubaan mencari jalan keluar gagal, dia dan rakan-rakan menghubungi talian kecemasan 999.

Katanya, hasil maklumat diberikan, sepasukan 15 anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dari Cawangan Kuala Lumpur dan Polis dari Balai Melawati berjaya menemui mereka dalam keadaan selamat pada jam 3.50 petang.

Anita akui trauma dan serik untuk memanjat bukit selepas itu.

“Bukit Tabur bukanlah pendakian pertama saya, tetapi ia menjadi pendakian terakhir kerana takut kejadian sama berulang.

“Nasihat saya kepada pendaki amatur, jangan melakukan pendakian tanpa membuat persediaan secukupnya.

Pastikan anda mahir soal hutan serta pendakian dan sebaiknya ditemani jurupandu yang berpengalaman,” katanya.

p/s...Siapa lelaki itu?Buniankah?

Post a Comment

0 Comments