Recents in Beach

Lihat Gahnya Majlis Tepek Bedak Di Muka Pasangan Pengantin Diraja Berunai

Loading...
Loading...
Mengikut adat istiadat diraja Negara Brune Darussalam, Istiadat Berbedak Diraja bagi Pengantin Laki (Lelaki) dan Pengantin Bini (Perempuan) diadakan pada sebelah malam mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Mengikut kelazimannya Pengantin Bini yang didahulukan untuk menjalani Istiadat ini walaupun iannya diadakan pada malam yang sama kecuali jika Pengantin Laki adalah Putera Sultan yang gahara. 
Putera Gahara bermakna bonda kepada Pengantin Laki adalah berdarah raja dan bukan orang kebanyakan.

Pada sebelah siang, sebelum Istiadat Berbedak Pengantin Bini dijalankan, pihak keluarga Pengantin Laki akan mengangkati Pengantin Bini, iaitu empat pucuk Dian bergiling yang besarnya dua pemegang, bedak, bau-bauan untuk peraksi pakaian, barang-barang solek, bunga gambir, persalinan, sebidang kain jong sarat dan sepengadak baju berairmas putih atau barang-barang yang menjadi ganti-gantian.


Bagi pengantin laki pula, pada sebelah siang sebelum Istiadat Berbedak Pengantin Laki dijalankan, keluarga Pengantin Bini akan mengangkati bau-bauan, bedak dan sepengadak persalinan putih untuk Pengantin Laki. Semasa mengantati (menyembahkan), barang-barang berkenaan akan diletakkan dalam gangsa beralas, bertarak serta bertatampan dibawa oleh dayang-dayang berpakaian istiadat dan disertai oleh beberapa orang perempuan yang dipilih untuk mengepalai rombongan mengantati.


Pada masa yang ditetapkan, kedua belah pihak akan mengadakan istiadat ini mengikut kesesuaiannya dimana jika majlis itu kepunyaan Sultan iannya akan diadakan di Balai Singahsana manakala yang lain-lain pula diadakan ditempat yang ditentukan.

Bedak yang digunakan dalam istiadat ini dibuat khas dengan tujuh warna diisi dalam ciuk perak dan diletakkan dalam gangsa perak beralas, bertarak serta bertatampan yang diletakkan ditempat khas sebelum istiadat dijalankan.

Individu yang dipilih untuk mencalit bedak kepada bakal pengantin terdiri daripada keluarga pengantin yang rapat termasuk alim ulamak.

 Giliran untuk mencalit bedak adalah mengikut tertib yang mana didahului dengan individu yang mempunyai kedudukan yang tertinggi.






Post a Comment

0 Comments