Recents in Beach

Nahas Helikopter:Sarapan Pagi Terakhir Pilot Fournier

Loading...
Loading...
KUALA LUMPUR 4 April – Jiran kepada juruterbang helikopter yang terhempas di Semenyih, Clifford William Fournier, Datuk Seri Zainul Azman tidak menyangka sarapan pagi bersama-sama di Hotel Hyatt Regency Kuantan hari ini merupakan pertemuan terakhir beliau bersama Fournier. 

Zainul yang berjiran dengan Fournier selama hampir lapan tahun di Petaling Jaya berkata, kelakuan Fournier pada hari ini juga agak berlainan apabila dia kelihatan mesra sewaktu bersembang dengan isteri beliau. 

“Dia bersalaman dan bersembang lama dengan isteri saya kerana walaupun berjiran kami jarang berjumpa sebab masing-masing sibuk. Bagaimanapun, pada hari ini, dia nampak lebih mesra dan akrab berbanding kebiasaan 

“Saya tak sangka pagi jumpa tetapi petang dia dah tak ada. Dia sempat beritahu nak ke Kuantan jumpa Tan Sri Jamaludin Jarjis (Ahli Parlimen Rompin) dan terbang ke Kuala Lumpur,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

 Sementara itu, Azman menyifatkan Fournier yang merupakan warganegara Amerika Syarikat (AS) sebagai seorang jiran yang baik, peramah serta suka membantu

Post a Comment

0 Comments