Recents in Beach

Ngeri..Di Sangka Mati,Cakaran Mayat Dari Dalam Keranda

Loading...
Loading...
Tiada pengalaman yang lebih menakutkan daripada ditanam hidup-hidup di dalam tanah.Si penanam pula merupakan suami sendiri yang menyangka si isteri telah meninggal dunia.

Telah banyak cerita begini yang kita dengar namun kesahihannya dipertikai.Mungkin cerita rekaan semata-mata.Namun cerita yang kami sajikan untuk anda kali ini benar-benar berlaku kepada Octavia Smith Hatcher.

Di penghujung tahun 1800, di Pikeville, sebuah pekan kecil di dalam wilayah Kentucky, tersebarnya satu penyakit misteri yang telah meragut banyak nyawa di sana.

 Ia telah menyebabkan kematian ramai orang dan sasarannya merupakan golongan muda.Antara mangsanya merupakan seorang bayi lelaki kecil yang bernama Jacob Hatcher.Jacob merupakan anak kepada Octavia Smith Hatcher.Jacob jatuh sakit dan disahkan mati pada Januari 1881.
Kesedihan seorang ibu yang kehilangan anak sudah tentu tak dapat digambarkan.Octavia menghadapi kemurungan dan tekanan perasaan setelah kematian Jacob.Tidak lama kemudian,Octavia jatuh sakit dan koma akibat daripada krisis kemurungannya itu.

Pada bulan Mei tahun yang sama,suami Octavia telah menjemput seorang doktor bagi mengesahkan status kesihatan isterinya.Setibanya si doktor di sana, dia mengesahkan bahawa Octavia telah meninggal dunia tanpa sebab yang pasti.

Pada awalnya,si suami berniat ingin mengawet mayat Octavia namun ia bukanlah satu amalan kebiasan masyarakat di situ.Kebetulan pula waktu itu merupakan musim panas,Octavia segera ditanam.

Selepas peristiwa kematian Octavia,ramai penduduk setempat mula jatuh sakit dan koma sama seperti keadaan yang pernah dialami Octavia.Namun bezanya,setelah beberapa ketika,mereka tersedar dari koma dan sihat seperti sedia kala.

Berasa seperti ada sesuatu yang tidak kena,suami Octavia lantas mendapatkan beberapa penggali kubur bagi menggali kembali kubur isterinya.Setelah digali,apa yang dilihatnya cukup memeranjatkan.Keadaan di dalam keranda cukup aneh.
Terdapat kesan cakaran dan beberapa tempat telah pecah seperti si ‘mayat’ cuba menolak untuk keluar dari keranda.Seketika itu,barulah si suami sedar bahawa di saat Octavia ditanam,dia masih dalam keadaan bernyawa.Namun akibat ketakutan dan kekurangan oksigen,akhirnya dia menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam keadaan yang menyayat hati.

Setelah kejadian tersebut, suami Octavia mengebumikan kembali isterinya yang kali ini benar-benar telah menjadi mayat.Bagi mengingati kejadian ini,si suami lantas membina sebuah monumen di atas kubur isterinya yang masih dapat dilihat sehingga ke hari ini.

Monumen Octavia yang masih teguh berdiri sehingga kini

Post a Comment

0 Comments