Recents in Beach

Pembunuhan Paling Terhormat:Mayat Pasangan Muda Di Sumbat Dalam Peti Besi

Loading...
Loading...
Sepasang suami isteri ditemui mati dalam keadaan bogel, dengan mayat mereka disumbat dalam kotak besi di utara India, semalam.

Polis mengesyaki kedua-dua mangsa itu dibunuh oleh saudara mereka, bagi menjaga maruah keluarga.
Penduduk tempatan menemui mayat pasangan itu, dipercayai berusia dalam lingkungan 20-an, dalam dua kotak besi di Taman Devilal yang terletak di Daerah Sonipat, Negeri Haryana, kira-kira 50 kilometer dari selatan New Delhi.
Menurut polis, kedua-dua kaki mangsa lelaki itu dikerat dan diletakkan dalam kotak, manakala tangan mangsa wanita itu pula didapati masih memakai gelang tangan yang biasanya dipakai pengantin.
“Nampaknya mereka disumbat dalam kotak dan dibuang di sini kemudian. Identiti mereka belum dikenal pasti. Ia seperti kes pembunuhan untuk menjaga nama baik keluarga, kerana wanita itu masih memakai gelang tangan kahwin, tetapi kami tidak menolak motif-motif lain,” kata ketua pegawai penyiasat, Praveen Kumar.
“Pembunuhan hormat” berlaku di India, dimana pasangan yang hubungan mereka tidak direstui keluarga atau masyarakat setempat menjadi sasaran pembunuh, khasnya di kawasan kampung untuk berabad lamanya. Pembunuhan sedemikian biasanya dilakukan oleh saudara rapat atau penduduk kampung untuk melindungi reputasi dan maruah keluarga dalam masyarakat yang mengamalkan sistem kasta untuk sekian lama.
Pembunuhan ini berlaku dua hari, selepas polis di Haryana menahan seorang bapa dan anak lelakinya, kerana didakwa membunuh anak perempuannya yang menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki bukan daripada kasta sama. Pada 2013 pula, seorang lelaki dipancung, manakala isterinya dibunuh ahli keluarganya sendiri di Kampung Gharnavati, kerana berkahwin lari dengan saudara sendiri.

Post a Comment

0 Comments