Recents in Beach

Rajinnya Hanez Suraya Masak, Gemuklah Romie Lepas Ni

Loading...
Loading...
Walaupun baru sahaja bergelar isteri, ternyata pelakon Hanez Suraya lebih gemar memasak untuk suami dan anak-anak tersayang.

Tidak terhad hanya kepada satu lauk, Hanez nampaknya begitu pandai mengambil hati suami dengan menyediakan pelbagai jenis masakan untuk dinikmati bersama.

Lebih 'sweet' lagi, baru-baru ini Hanez berkongsi rasa gembira kerana berjaya menunaikan permintaan sang suami yang ingin merasai nasi ayam hasil air tangan Hanez sendiri.

Bukan hanya memasak, dia juga pandai melayan karenah anak-anak dan mereka juga kelihatan amat manja serta selesa bersama Hanez.


Nasi ayam permintaan suami tersayang.

Melihat kepada foto-foto yang dikongsi oleh Hanez menerusi akaun Instagram (IG), pelakon cantik ini bijak membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga.

Dalam pada itu, Hanez juga sporting membalas kembali isu Gara-Gara Pinggan Hanez Suraya, Pengikut Instagram Bergaduh dengan menggunakan hashtag #sorrypingganmangkuksayatakletupsmacamkatrumahuolls secara bergurau.

Satu lagi hashtag yang mendapat perhatian ialah #takgemuktaktahulah.

Ha nampaknya selepas ini kalau Romie kelihatan semakin berisi, dah tahulah puncanya kan?

Post a Comment

0 Comments