Recents in Beach

Yang Misteri,Keliru Dan Sebenar Tentang Tragedi Nahas Helikopter Terungkai?

Loading...
Loading...
Terdapat beberapa kesalahan dan kekeliruan yang berlaku berkenaan dengan nahas helikopter yang telah menyebabkan enam orang terbunuh semalam. 

Pertama ialah Robert Tan. Maklumat yang beredar semalam menyatakan mangsa ialah Pengasas IGB Corp Bhd, Datuk Seri Robert Tan Chung Meng. Sebenarnya bukan.

Menurut bekas Naib Presiden MCA, Datuk Donald Lim Siang Chai bahawa itu (yang terkorban) bukan Robert Tan Chung Meng yang kini masih hidup dan berada di Australia. 


Yang menjadi mangsa nahas semalam ialah seorang ahli perniagaan Kedah, Datuk Robert Tan Huat Seang yang merupakan seorang ketua pegawai eksekutif SP Baiduri Sdn Bhd

Yang kedua ialah pembantu juruterbang yang dikenali sebagai Aidana Baizieva. Foto yang banyak beradar semalam sebenarnya bukan foto beliau tetapi foto milik Dzuriasikim Dzulkefli. 

Dzuriasikim berkata beliau mengetahui mengenai identiti foto yang salah pada kira-kira 7:00 malam tadi apabila beliau menerima panggilan dan mesej daripada rakan-rakan dan keluarga yang bertanya. 

“Mereka memberitahu saya gambar saya dengan Cliff telah tersalah anggap dan bahawa ia telah menjadi viral pada beberapa laman rangkaian sosial dan kumpulan Whatsapp” katanya. 

Sekarang siapa sebenarnya Aidana Baizieva? 



Seorang jurucakap Hospital Kuala Lumpur (HKL) petang tadi memaklumkan, mayat mangsa terakhir nahas berkenaan belum dituntut kerana identitinya belum dapat dipastikan. 

“Kami sedang berusaha mendapatkan pihak berkuasa untuk mengesan dokumen pengenalan mangsa,” kata jurucakap berkenaan yang enggan namanya disiarkan. 

Dalam pada itu Kapten Clifford William Fournier yang menerbangkan helikopter berkenaan didapati aktif menggunakan laman sosial Facebook, dengan posting terakhir beliau ialah kira-kira sejam sebelum maut dalam nahas berkenaan. 


Bagaimanapun carian nama Aidana Baizieva di laman sosial itu tidak membuahkan sebarang hasil. 


Ada yang menyatakan bahawa beliau ialah seorang jurnalis dari Kazakhstan yang nama sebenarnya ialah Aidana Karabasova yang fotonya seperti di atas. Tetapi Jurucakap Kedutaan Kazakhstan telah menafikan pembantu juruterbang Aidana Baizieva rakyatnya sebaliknya mengesahkan mangsa dari Kyrgyzstan. 



Helikopter yang terhempas, AS 3655N2 Dauphin (9M-1GB) disewa dari sebuah syarikat swasta Chempaka Avition, yang dimiliki oleh juruterbang yang terbunuh, Kapten Cliff Fournier. 

Carian terhadap syarikat berkenaan di internet tidak dapat ditemui dan oleh itu tidak dapat dibubungi untuk mengesahkan maklumat mengenai siapa sebenarnya Aidana Baizieva. Justeru siapa sebenarnya Aidana Baizieva masih misteri dan belum terungkap. 




Ketiga ialah pengawal peribadi Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis iaitu Mohd Razkan Seran, pengawal peribadi Datuk Jamaluddin Jarjis yang turut terbunuh. Namanya sebelum ini jarang kedengaran. 



Sabariah Jili,69, menunjukkan gambar anak bongsunya, arwah Razkan Seran yang terkorban dalam nahas helikopter terhempas di Kampung Sungai Pening, Semenyih ketika ditemui di kediamannya di Tuaran, Ahad. -mstar

Beliau berasal dari Tuaran Sabah.

Menurut sepupunya, Marnis Sijan, isteri dan dua anak Razkan yang berusia dua serta enam tahun berada di HKL untuk menuntut jenazah Razkan. 

Marnis berkata, sudah 10 tahun Razkan bertugas sebagai pengawal peribadi.


sumber:Greenboc

Misteri Terungkai





Kakak Aidana Baizieva bersama seorang penterjemah dari Kedutaan Kyrgyzstan hadir ke Hospital Kuala Lumpur untuk proses pengecaman dan tuntutan jenazah wanita tersebut. - Foto TRP/Ikhwan Hazwan
KUALA LUMPUR, 6 April:
Kedutaan Kyrgyzstan mengesahkan identiti wanita bernama Aidana Baizieva, mangsa terakhir nahas helikopter yang terhempas di Semenyih pada petang Sabtu lalu, merupakan rakyat negara berkenaan.
Ketika dihubungi di sini, pejabat kedutaan berkenaan memaklumkan pegawainya bersama kakak Aidana hadir ke Hospital Kuala Lumpur untuk proses pengecaman dan tuntutan jenazah wanita tersebut.
Namun, tidak dapat dipastikan sama ada jenazah akan dibawa pulang ke negara asal atau tidak.
Menurut rekod kedutaan, Aidana dilaporkan masih lagi bujang dan telah berada hampir setahun di Malaysia.
Kakak Aidana yang menaiki kereta Vios dilihat keluar daripada perkarangan dan enggan memberi sebarang reaksi ketika ingin ditemubual oleh pemberita. – Foto TRP/Ikhwan Hazwan

Kira-kira pukul 10.45 pagi tadi, sebuah kereta milik pejabat kedutaan Kyrgyzstan tiba Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) di sini sebelum sebuah lagi kereta tiba dua minit kemudian.
Pada pukul 1 petang, kereta model Toyota Vios yang dinaiki oleh kakak Aidana dilihat keluar daripada perkarangan dan enggan memberi sebarang reaksi ketika ingin ditemubual oleh pemberita.
Sebelum ini, lima mayat mangsa nahas helikopter Dauphin 9M-IGB yang terhempas di Semenyih sudah dituntut keluarga masing-masing.
Keluarga mendiang Kapten Fournier, yang berasal dari Minnesota dan bekerja di negara ini sejak 20 tahun lalu sudah disahkan oleh pegawai Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara akan tiba hari ini bagi mengecam dan menuntut mayatnya.

Pada Sabtu, Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dan Datuk Azlin Alias, Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, bersama empat orang lagi terkorban apabila helikopter Dauphin AS365N2 yang dinaiki mereka dalam perjalanan pulang dari Pekan, Pahang ke Kuala Lumpur, terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih pada jam 4.55 petang.
Empat lagi mangsa di dalam helikopter itu ialah juruterbang Kapten Clifford Fournier, pembantu operasi Aidana Baizieva, pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan B Seran dan usahawan Datuk Tan Huat Seang.

Post a Comment

2 Comments

  1. terimaksi ajalah

    ReplyDelete
  2. salam takziah buat semua keluarga mangsa, al-fatihah buat yang beragama Islam...

    ReplyDelete