Recents in Beach

Adib Kembali Kritikal

Loading...
Loading...
Adib Kembali Kritikal

KUALA LUMPUR 16 Dis.- Kesihatan anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, dilaporkan kembali kritikal selepas terdapat jangkitan di bahagian paru-parunya.
Institut Jantung Negara (IJN) dalam satu kenyataan memberitahu, susulan itu, pihak hospital memutuskan untuk memasang semula mesin Extracorporeal Membrane Oxygenation (ECMO) untuk kegunaan Muhammad Adib kira-kira pukul 9 malam tadi.


Ujarnya, hasil pemantauan selama 24 jam mendapati jangkitan berlaku akibat paru-parunya mengeras sehingga menyukarkan Muhammad Adib menerima oksigen.
“Selain itu, jangkitan itu turut berlaku akibat beberapa kecederaan yang dialami Muhammad Adib di bahagian paru-parunya. 
“Dalam masa yang sama, buah pinggangnya masih tidak menunjukkan sebarang perubahan dan memerlukan Muhammad Adib melakukan dialisis,” kata kenyataan itu hari ini

Post a Comment

1 Comments