Recents in Beach

ICERD:Terlalu padat sampai peserta tidak dapat bergerak

Loading...
Loading...
ICERD :Terlalu padat sampai peserta tidak dapat bergerak

KUALA LUMPUR – Suasana yang terlalu padat berikutan terlampau ramai peserta mahu menyertai Himpunan Ummah 812 menyebabkan ada kalangan mereka tidak mampu menyertai pasukan utama di Dataran Merdeka.

Senario itu menyebabkan para peserta meluahkan rasa tidak puas hati kerana terpaksa ‘berjauhan’ dari lokasi utama, bagaimanapun ramai antara mereka yang menyifatkan dapat hadir sudah cukup untuk menunjukkan komitmen masing-masing.

Para peserta rata-rata bergerak dari beberapa lokasi iaitu Masjid Negara, Masjid Jamek, Jalan Raja Laut dan Jalan Tunku Abdul Rahman.

Tinjauan MalaysiaGazette di Jalan Tunku Abdul Rahman berdekatan Swiss Hotel mendapati para peserta duduk beramai-ramai dan masih ada meneruskan perjalanan walaupun dalam keadaan yang amat padat.

Keadaan itu bagaimanapun tidak mematahkan semangat mereka, rata-rata tetap bersemangat melaungkan ‘Hidup Melayu Hidup Islam’.

Suasana padat dan sesak.



Sementara itu suasana di hadapan Panggung Bandaraya menyaksikan ribuan peserta tersekat.
Acara kemuncak di Dataran Merdeka bermula pukul 2 petang selepas para peserta menunaikan solat zohor dan dijadual berakhir pukul 6 petang. – MalaysiaGazette

Post a Comment

0 Comments