Recents in Beach

Rumah Tinggalan Seniwati Norizan Di Teluk Intan

Loading...
Loading...
Rumah Tinggalan Seniwati Norizan Di Teluk Intan

Noorizan Mohd Noor adalah seorang seniwati yang cukup popular dan beliau adalah merupakan bekas isteri kepada Sultan Perak ke 32 iaitu Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah yang mana secara tidak langsung, beliau adalah bekas isteri kepada Sultan negeri Perak. 

Buat mereka yang meminati Ramlee Puteh atau lebih dikenali dengan nama panggilan P. Ramlee, beliau punyai kaitan ikatan keluarga dengan anak kelahiran negeri Perak yang mana isteri beliau yang ke dua adalah Noorizan Mohd Noor

Hubungan Norizan dengan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee agak mengejutkan negara kerana pada ketika itu kerana Norizan adalah merupakan isteri kepada Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah. Disebabkan itu, beliau telah diceraikan oleh Sultan dan seterusnya berkahwin dengan P. Ramlee. 

Menurut penduduk tempatan, rumah ini adalah merupakan hadiah daripada Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah kepada isterinya sewaktu perkahwinan mereka. Selepas bercerai dengan Sultan, Seniwati Norizan pergi menetap di Kuala Lumpur dan tidak pernah kembali lagi ke rumah ini. 

Rumah ini terletak di Jalan Syed Abu Bakar dan betul-betul bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II, Teluk Intan. Rumah ini juga pernah jadi lokasi pengambaran untuk drama Anjang Aki. Drama Anjang Aku adalah sebuah drama yang amat popular satu ketika dahulu dan ia dilakonkan oleh Baharuddin Hj. Omar, Ismail Hutson dan Dian P. Ramlee sekitar tahun 1980 an. 

Begitulah serba sikit kisah rumah Norizan yang diketahui ini daripada cerita lisan penduduk tempatan. Status rumah ini kini untuk dijual (sehingga tarikh 5 Disember 2018) dan diharapkan pemilik baru rumah ini nanti akan hargai sejarah yang ada berkenaan rumah ini. Sebagai maklumat tambahan untuk anda, baginda Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah adalah nenda kepada Sultan Nazrin Shah (Sultan Perak ke 35) dan ayahanda kepada Almarhum Sultan Azlan Shah (Sultan Perak ke 34). 

Noorizan Mohd Noor dan P. Ramlee telah berkahwin pada 6 Februari 1955 dan Noorizan mengharapkan sesuatu yang lebih dari perkahwinan mereka tetapi P. Ramlee lebih menumpukan hidupnya kepada kerjaya seni yang menyebabkan perkahwinan mereka berakhir pada 16 Oktober 1961. Rumah tangga P. Ramlee dan Norizan mulai goyah sewaktu P. Ramlee sedang dalam pembikinan filem Ibu Mertua Ku. Keadaan hubungan mereka beralun seperti ombak dalam ribut. 

Sekejap aman, sekejap bergaduh, itulah lumrah rumah tangga mereka dan dalam suasana itulah P. Ramlee telah mencipta tiga buah lagu yang bertajuk Jeritan Bathinku, Jangan Tinggal Daku serta Di Manakan Ku Cari Ganti. 

Sambil menyusun lagunya, P. Ramlee menyatakan pada Noorizan, “Kalau aku takada nanti, lagu-lagu inilah sebagai pengganti dan menjadi kenangan dalam hidupmu!” Walaupun telah berpisah, namun perhubungan P. Ramlee dengan Noorizan tetap baik, masing-masing saling hormat menghormati. 

Mungkin anda sudah tahu tentang Noorizan ada berlakon dalam filem Laksamana Do Re Mi pada tahun 1973. Selepas 12 tahun bercerai, Noorizan ditawarkan oleh P. Ramlee untuk memegang watak sebagai Permaisuri Pasir Berdengung. Noorizan Mohd Noor meninggal dunia di Kuala Lumpur pada 15 Mei 1992 pada usia 65 tahun.

Post a Comment

0 Comments